Sejarah JKR Temerloh PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Rabu, 23 Mac 2011 15:52

JKR Daerah Temerloh telah ditubuhkan pada tahun 1950. Penempatan pertama JKR Daerah Temerloh ialah di Bangunan Kayu yang terletak di dalam kawasan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Temerloh. Pada tahun 1963 setelah bangunan baru empat tingkat dibina, JKR Daerah Temerloh telah mendapat ruang pejabat yang baru di tingkat bawah, tingkat satu dan sebahagian tingkat dua. Sepanjang penubuhan JKR Daerah Temerloh, seramai 24 orang Jurutera Daerah dan 4 orang Jurutera Penolong Pengarah telah berkhidmat menabur bakti untuk menjayakan projek yang di amanahkan. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan Kementerian Kerja Raya telah meluluskan projek Bangunan Persekutuan JKR Daerah Temerloh dengan anggaran kos 4 juta. Bangunan ini telah siap dibina di Seberang Temerloh pada penghujung tahun 2009 dan diduduki pada awal tahun 2010.  

JKR Temerloh adalah diantara JKR yang pertama menubuhkan pasukan jambatan bailey di Malaysia.  Pasukan ini telah banyak berjasa membina jambatan bailey  sementara terutama semasa berlakunya banjir dan tanah runtuh. Pasukan ini telah membina jambatan bailey di seluruh semenanjung dan yang terkini ialah membina jambatan bailey di Sungai Penggorak Kuantan, Caruk Paloh Kuantan, Sg Tui , Kercau Kuala Lipis, Jempol Negeri Sembilan, Melaka dan Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.  

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 19 Februari 2012 14:38
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets