Sejarah Penubuhan Pasukan Jambatan Bailey PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Khamis, 24 Mac 2011 11:36

Sir Donald Coleman Bailey adalah pencipta Jambatan Bailey, satu sistem pembinaan jambatan pasang siap yang menggunakan bahan-bahan siap terbina dan boleh dipasangkan oleh anggota-anggota yang tidak mempunyai kemahiran khusus dalam pembinaan jambatan.

Donald Coleman Bailey di lahirkan pada 15 September 1901 di Rotherham, Yorkshire menuntut seketika di Universiti Sheffield dan mendapat latihan sebagai seorang jurutera awam. Selepas mendapat kelayakan profesionalnya dari Universiti Sheffield, Donald Bailey bekerja dengan Syarikat Kereta Api, tetapi dalam tahun 1929 dia menyertai Kementerian Pembekalan dan berkhidmat di Pusat Ujian Jambatan (Experimental Bridging Establishment). Donald bailey bertugas sebagai seorang jurutera di Jambatan Perang British semasa Perang Dunia II.

Apabila perang meletus, Bailey sudah mempunyai idea untuk pembinaan satu jenis jambatan untuk kegunaan tentera. Dia mengemukakan idea untuk jambatan yang ringan tetapi kuat di satu persidangan dalam tahun 1940. Jambatannya boleh membawa beban yang berat dan dibuat menggunakan konsep pasang siap dengan kegunaan kekuda keluli yang siap dibina dan mempunyai bahagian-bahagian yang standard dan seragam. Panelnya juga dibuat dengan rekabentuk yang mudah dan boleh dipasang oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan kejuruteraan.

Pasukan Jambatan Bailey JKR Daerah Temerloh telah wujud sekitar tahun 1960an. Tujuan Utama pasukan ini diwujudkan ialah untuk membina jambatan yang lebih baik untuk kemudahan orang ramai terutama ketika musim banjir. Pasukan ini bekerjasama rapat dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia yang selama ini ditugaskan membina Jambatan Bailey di seluruh negara.

Setelah Temerloh ditimpa banjir besar dalam tahun 1971, keperluan Pasukan Jambatan Bailey untuk memulihkan perhubungan dalam jangka masa yang singkat adalah amat diperlukan. Pasukan ini telah menabur jasa diserata tempat terutama di kawasan pantai timur dan tengah semenanjung. Kekuatan dan peralatan telah ditambah dari masa kemasa sehingga dalam tahun 1980an hingga sekarang. Pasukan ini mempunyai kepakaran yang tinggi sehingga dijemput untuk menjadi penasihat untuk membina Jabatan Bailey di Bukit Antarabangsa semasa kejadian tanah runtuh beberapa tahun lalu. Kini pasukan ini masih memberikan perkhidmatannya di seluruh Negeri Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

 

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 18 Februari 2012 22:25
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets