Pembinaan Jalan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Khamis, 24 Mac 2011 16:12

Pembinaan Lebuh Raya diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di bawah Kemernterian Kerja Raya. Selalunya kaedah pembinaan ialah :-

  • Dibina oleh Kerajaan melalui tender terbuka atau perbincangan
  • Dibina oleh Syarikat Konsesi yang mendapat kelulusan Kerajaan

Jalan Persekutuan dibina melalui kelulusan Parlimen dibawah Rancagan Malaysia. Pelaksanaan adalah melalui Kementerian Kerja Raya. Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan agensi pelaksana. Pelaksanaan selalunya dengan kaedah tender terbuka. Pengawasan kerja dilakukan samaada oleh pasukan khas dari JKR atau oleh Perunding yang dilantik.

Jalan Negeri dibina oleh Kerajaan Negeri melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri. Selalunya peruntukan diluluskan melalui Rancangan Malaysia dan disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya negeri untuk pelaksanaan. Rekabentuk jalan selalunya di jalankan di peringkat jabatan atau dengar pelantikan perunding. Pengawasan ditapak di uruskan oleh JKR Negeri  melalui Jurutera Daerah.

Pembinaan Jalan Luar Bandar di laksanakan di peringkat JKR Negeri apabila menadapat kelulusan dari Parlimen dibawah sesuatu Rancangan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Selepas siap jalan ini akan di daftarkan dibawah Jalan Negeri dan mendapat geran penyenggaraan melalui Marris.

 

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 18 Februari 2012 20:16
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets