Peranan JKR Daerah Temerloh PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Jumaat, 25 Mac 2011 16:50
JKR Daerah Temerloh diketuai oleh Ir. Illias Bin Husain selaku Jurutera Daerah. Pejabat JKR Daerah Temerloh kini bertempat di KM 4 Jalan Temerloh - Maran. Keluasan Pejabat JKR Daerah Temerloh yang diduduki kini ialah 1329 meter persegi. JKR Daerah Temerloh merupakan jabatan pelaksana dan nadi pembangunan kepada Daerah Temerloh. Selain daripada merancang , merekabentuk, melaksana, menyelia dan memantau projek-projek pembangunan dan kerja senggaraan persekutuan dan negeri, JKR Temerloh juga memberikan nasihat teknikal kepada jabatan dan agensi kerajaan dalam daerah Temerloh
Jabatan Kerja Raya Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Kerja Raya yang meliputi semua cawangan di JKR Persekutuan dan Pengarah  di peringkat JKR Negeri kecuali Sabah dan Sarawak. JKR Sabah dan JKR Sarawak adalah dibawah kerajaan negeri dan diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya. Dari segi perkhidmatan utama, JKR Malaysia dibahagikan kepada tiga iaitu Perundingan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyenggaraan. Untuk melaksanakan ketiga perkhimatan ini, Organisasi JKR Malaysia di susun seperti berikut:
 
Sektor Bisnes
  1. Cawangan Jalan
  2. Cawangan Pengkalan Udara dan Maritim
  3. Cawangan Kerja Bangunan Am
  4. Cawangan Kerja Kesihatan
  5. Cawangan Kerja Keselamatan
  6. Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi 

Sektor Pengurusan

  1. Cawangan Pengurusan Korperat
  2. Cawangan Pengurusan Projek Kompleks
  3. Cawangan Kejuruteraan Senggara
  4. JKR WP Putra Jaya
  5. JKR WP Labuan
  6. JKR WP KL
  7. JKR Kesedar
  8. JKR Negeri

Sektor Pakar

  1. Cawangan Arkitek
  2. Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  3. Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  5. Cawangan Kejuruteraan Awam.Struktur dan Jambatan
  6. Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik
  7. Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga
Dari segi pelaksanaan projek, semua cawangan di JKR Malaysia bertindak sebagai "Head Of Project Team" (HOPT) dan "Head Of Design Team" yang mana merangka pelaksanaan sesuatu projek. Projek dilaksanakan dengan pengawasan di peringkat JKR Negeri dan JKR Daerah dengan diketuai oleh Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa.
 
Setiap negeri di Malaysia mempunyai JKR Negeri yang diketuai oleh seorang pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jalan, Bangunan, Senggara, Rekabentuk, Elektrikal dan Mekanikal. Setiap daerah dalam negeri tersebut terdapat JKR Daerah yang diketuai oleh seorang Jurutera Daerah. JKR Daerah Temerloh boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:
  1. Bahagian Jalan : Merancang, mengawasi projek pembangunan jalan dan infrastruktur negeri dan persekutuan.Bahagian ini juga ditugaskan untuk menguruskan pembangunan tepi jalan
  2. Bahagian Bangunan: Merancang dan mengawasi projek pembangunan bangunan dan pelajaran negeri dan persekutuan
  3. Bahagian Senggara : Menyenggara aset Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti bangunan, jalan  dan jambatan.
  4. Bahagian Elektrik : Mengawasi kerja elektrik untuk projek pembangunan

Peranan JKR Daerah dalam Pembangunan dan Senggaraan

Apa peranan JKR di daerah daerah?. Seperti yang dinyatakan diatas peranan JKR adalah mengikut bahagian yang telah di tetapkan. Bahagian Bangunan selalunya mengawasi projek pembangunan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi yang yang menyerah kan projeknya kepada JKR untuk dilaksanakan. Diantara projek yang dilaksanakan ialah dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Asli, Kementerian Kewangan dan banyak lagi. Bahagian ini selalunya berurusan dengan peloanggan tempatan, pelanggan di peringkat negeri dan persekutuan. Kerja senggaraan aset kerajaan telah diserahkan kepada Bahagian Senggara.

Bahagian Jalan juga berperanan yang sama iaitu melaksanakan projek jalan, jambatan dan infrastruktur untuk kerajaan negeri dan persekutuan. Kerja senggaraan aset jalan dan yang berkaitan telah diserahkan kepada Bahagian Senggara.  

Bahagian Senggara mempunyai tugas yang amat penting. Senggaraan bangunan, jalan, jambatan, letrik untuk aset kerajaan negeri dan persekutuan adalah tugas utama bahagian ini. Disamping itu juga bahagian ini menjalankan tugas rutin yang berkaitan dengan majlis rasmi peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Kemajuan JKR Temerloh sejak 2009

Sejak tahun 2009 JKR Temerloh telah mengambil beberapa tindakan proaktif untuk meningkatkan lagi kemudahan kepada penduduk Temerloh khasnya mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pada hujung minggu dan musim perayaan. Diantara projek yang memberikan banyak menafaat kepada masyarakat Temerloh ialah:

  • Jalan baru dari FT 87 ke Taman Aman dan ke Bandar Temerloh.
  • Pelebaran simpang  Jalan Bahagia,  Hotel Jelai, Persimpangan Temerloh Jaya, Persimpangan Bukit Kemuning dan semua persimpangan FT87 dan FT 02 ke Jalan Negeri.
  • Pelebaran beberapa bahagian jalan FT87 (Jalan Temerloh Mentakab) dari peruntukan KPI Menteri Kerja Raya 2009
  • Membaik pulih jalan Bukit Angin, Temerloh.
  • Membaik pulih simpang Hospital HOSHAS dan simpang ke Rumpun Makmur.
  • Membina dan menyiapkan beberapa Jalan Perhubungan Desa
  • Membina dan menyiapkan beberapa buah jeti disepanjang Sg Pahang. 

JKR Daerah Temerloh telah dianugerahkan Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik JKR Malaysia tahun 2009 berdasarkan kepada kecemerlangannya dalam bidang pengurusan projek, pengurusan pejabat, pengurusan aset dan TQM. JKR Daerah Temerloh komited dengan pendekatan terbaru kerajaan dan pengurusan tertinggi JKR Malaysia agar menerapkan budaya inovasi dan pendekatan baru dalam tugas seharian untuk memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan sempurna, siap lebih awal dari jadual dan yang paling penting dengan kualiti yang terbaik untuk memaksimakan kepuasan pelanggan. JKR Daerah Temerloh telah berjaya mengekalkan rekod projek sakit sifar bermula Januari 2010 sehingga kini



Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 03 April 2012 23:30
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets