Jadual Kadar Harga PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Shaheeda   
Rabu, 30 Mac 2011 12:17

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Bahagian Perolehan dan Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan. Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.

Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM100,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dengan harga RM20.00 senaskhah.

Terbitan : 2008

 

Tajuk : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki

Keterangan : Penggunaan Jadual Kadar Harga ini adalah terhad kepada kerja yang bernilai RM100,000.00 ke bawah yang diperolehi secara undi.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dengan harga RM20.00 senaskhah.

Terbitan : 2006

 

Tajuk : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal

Keterangan : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing.

Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dengan harga RM5.00 senaskhah.

 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets