Pengiklanan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Shaheeda   
Rabu, 30 Mac 2011 13:02

Semua pelawaan tender hendaklah diberi publisiti dengan mengiklankan tender tersebut sekurang-kurangnya di dalam satu akhbar harian utama. Kenyataan di dalam iklan tender hendaklah jelas, kemas dan ringkas. Sesuatu iklan tender hendaklah merangkumi:

  • Jabatan yang memanggil tender,
  • tajuk tender,
  • jenis tender, dan
  • syarat-syarat kelayakan memasuki tender seperti :-
    a. kelas, kepala dan sub kepala di dalam pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
    b. tempat, tarikh dan masa dokumen tender dijual
    c. harga, cara dan jawatan penerima bayaran dokumen tender
    d. tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup
  • SPP 2/1995

Iklan Tender Kerja Tempatan

  • Bagi tender kerja tempatan tempoh tender sekurang-kurangnya 21 hari hendaklah diberikan kepada petender untuk mengkaji serta membuat pesediaan terhadap tender tersebut. Pada hari penutupan tender, agensi hendaklah menetapkan jam 12.00 tengahari sebagai waktu terakhir untuk penerimaan dokumen tender daripada petender.
  • Kenyataan iklan tender hendaklah disalinkan kepada:
    i. Dewan Perniagaan dan Perusahaan Bumiputera Malaysia (DPPB) di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan DPPB di mana tender dipelawa,
    ii. MAMPU untuk dimasukkan di dalam Civil Service Link (CSL)

Peraturan-peraturan di atas juga terpakai bagi tender yang dikendalikan oleh juru perunding

Iklan Tender Kerja Antarabangsa. Notis tender bagi kerja antarabangsa hendaklah diiklankan di dalam dua akhbar tempatan utama ; satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris. Notis tender tersebut perlu juga dihantar kepada Kedutaan Negara Asing yang berkenaan dan memberikan tempoh sekurang-kurangnya 56 hari bagi Kedutaan Negara Asing untuk memgemukakan pemberitahuan tender kepada petender yang berminat di negara masing-masing.

 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets