Pembukaan Tender PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Shaheeda   
Rabu, 30 Mac 2011 13:10

Di dalam sesuatu proses tender, Ketua Jabatan atau pegawai yang terlibat hendaklah tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam tender berkaitan. Pegawai yang berkenaan hendaklah menarik diri secara bertulis jika ia mempunyai kepentingan dalam tender.

Keahlian Jawatankuasa Pembuka tender. Sesebuah jawatankuasa pembuka tender adalah terdiri daripada dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;

  • sekurang-kurangnya 2 pegawai yang mana seorang daripadanya pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
  • lantikan dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan, dan
  • ahli jawatankuasa ini berlainan dari ahli jawatankuasa penilaian tender.

Tender lewat diterima

  • Tender yang lewat diterima, tetapi kelewatannya tidak melebihi 30 minit daripada waktu tender ditutup bolehlah dibuka dan dinilai bersama-sama tender yang lain
  • Catatan mengenai kelewatan hendaklah dibuat apabila tender dibuka, untuk pertimbangan Lembaga Perolehan sama ada mahu terima atau tidak.
  • Tender yang lewat diterima boleh dipertimbangkan jika ahli Jawatankuasa Pembuka Tender dengan sebulat suara berpuashati bahawa kelewatan penyerahan disebabkan oleh perkhidmatan pos atau alasan munasabah daripada penender dapat diterima jika melalui hantaran tangan.

Pembukaan tender di hadapan Awam. Tender yang perlu dibuka dihadapan awam ialah :-

  • Tender dibiayai oleh Institut Antarabangsa yang mengenakan syarat sedemikian
  • Tender bernilai RM25 juta ke atas biayaan Kerajaan Malaysia.

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 30 Mac 2011 13:18
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets