Setuju Terima Tender PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Shaheeda   
Rabu, 30 Mac 2011 13:29

Setuju terima tender boleh dibuat pada 2 peringkat:-

  • Melalui Surat Niat (Letter of Intent)
    iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan keperluan-keperluan Kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor melalui rundingan atau cara lain. Surat ini tidak mengikat kerajaan kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud.
  • Melalui surat setujuterima (Letter of Acceptance)
    iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat di dalam dokumen tender atau apa-apa syarat yang telah dipersetujui yang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak. Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

Rujukan kepada Perbendaharaan.

  • Draf surat Niat atau Surat Setujuterima hendaklah dirujukkan kepada Perbendaharaan untuk kelulusan jika nilai tender melebihi RM15 juta
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets