Kuarters Kerajaan Negeri PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Sabtu, 02 April 2011 22:14
Kuarters Kerajaan Negeri Pahang merupakan rumah kediaman yang dibina di setiap daerah oleh Kerajaan Negeri untuk didiami oleh kakitangan Kerajaan Negeri atau Persekutuan yang layak mengikut syarat dalam Perintah Am Bab E mengenai Rumah dan Bangunan Kerajaan. Aktiviti penyelenggaraan kuarters terletak di bawah tanggungjawab Bahagian Bangunan, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKR Negeri) dan Jurutera Daerah di 11 buah daerah Negeri Pahang. Peruntukan bagi penyelenggaraan kuarters disediakan oleh Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada JKR Negeri sebelum diagihkan kepada Jurutera Daerah di 11 daerah terlibat. Mengikut rekod yang disimpan oleh JKR Daerah Temerloh, jumlah kuarters yang diselenggara ialah 105 buah.
 
Kebanyakan kuarters ini telah dibina dalam tahun 50an dan 60an. Kesemuanya menggunakan kayu keras sebagai bahan binaan utama. Kesemua kuarters setingkat bermula dari Kelas D hingga kelas I menggunakan penapak konkrit, lantai dan dinding papan. Kuarters kelas B dan C dibina dua tingkat dengan menggunakan konsep binaan "Load Bearing" iaitu dengan menggunakan dinding batu bata untuk mengambil beban dari bumbung, dinding dan lantai tingkat satu.
 
Sebarang aduan dan kemuskilan anda boleh mengadu secara online melalui e Aduan JKR Temerloh.
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 23 Jun 2012 22:04
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets