Kuarters Kerajaan Persekutuan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Ahad, 03 April 2011 13:47

Kuarters Kerajaan Persekutuan merupakan rumah kediaman yang dibina di setiap daerah oleh Kerajaan Persekutuan  untuk didiami oleh kakitangan Kerajaan Persekutuan yang layak mengikut syarat dalam Perintah Am Bab E mengenai Rumah dan Bangunan Kerajaan. Aktiviti penyelenggaraan kuarters terletak di bawah tanggungjawab Bahagian Bangunan, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKR Negeri) dan Jurutera Daerah di 11 buah daerah Negeri Pahang. Peruntukan bagi penyelenggaraan kuarters disediakan oleh Kerajaan Persekutuan yang disalurkan  kepada semua Jurutera Daerah. Mengikut rekod yang disimpan oleh JKR Daerah Temerloh, jumlah kuarters Kementerian Kerja Raya yang diselenggara ialah 33 buah.

Terdapat juga kuarters dari Kementerian dan agensi kerajaan  selain dari Kementerian Kerja Raya yang dibina oleh JKR tetapi di selenggara oleh Kementerian berkenaan. Sebagai contoh kuarters Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Kuarters Klinik Kesihatan, Kuarters Guru dan lain -lain. Pihak JKR hanya akan menyelenggara kuarters kuarters ini jika mendapat permintaan dari Jabatan/Kementerian berkenaan dan disalurkan peruntukan.

Sebarang aduan dan kemuskilan anda boleh mengadu secara online melalui e Aduan JKR Temerloh.

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 23 Jun 2012 19:25
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets