Selamat Datang Ke Portal Rasmi JKR Daerah Temerloh
Perutusan Jurutera Daerah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh illias   
Isnin, 14 Mac 2011 18:10

Bismillah hirahmanirahim..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Pertama sekali saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Rasmi JKR Daerah Temerloh. Dengan kerjasama dan kesungguhan mereka, Laman Web Rasmi JKR Daerah Temerloh dapat dibangunkan sebagai sumber rujukan dan maklumat JKR keseluruhannya. Mulai 1 April 2011, laman web versi ke 2 telah dilancarkan yang mana lebih menarik dan lengkap.

Dengan adanya Laman Web ini, kakitangan JKR Daerah Temerloh dan semua pelanggan akan dapat berkongsi sebarang maklumat dengan lebih mudah dan cepat, menepati hasrat kerajaan yang mahu menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada budaya kerja dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kakitangan awam.

Pelancaran versi ke dua Laman Web  JKR Daerah Temerloh mulai 1 April 2011 adalah satu lagi petanda bahawa kita telah melangkah setapak lagi kehadapan dalam bidang ICT. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua kakitangan yang terlibat. Dalam kegairahan mengecap kejayaan yang bermakna ini, kita tidak harus lupa untuk mendidik generasi baru untuk meneruskan usaha kita ini. Semua kakitangan dijemput untuk menyertai pasukan kita dimana setiap hari rabu dua minggu sekali JKR Daerah Temerloh menganjurkan  pelbagai kursus dalam bidang ICT ini. Disamping itu pelbagai artikel akan di muatkan dari masa ke masa untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang melayari laman ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat laman web ini tidak kira dimana juga anda berada. Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan.

Akhir sekali, saya amat berharap Laman Web ini akan sentiasa dapat dikemaskini dan ditingkatkan dengan pelbagai aplikasi khasnya untuk kegunaan kakitangan JKR Daerah Temerloh dan semua warga JKR Malaysia.  Pihak kami akan sentiasa mengemaskini laman ini dan mengadakan laporan lansung dari majlis tertentu yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya.  Dengan usaha serta kreativiti yang berterusan tentunya Laman Web ini akan sentiasa menarik dan terus ingin dilayari oleh semua kakitangan dan pelanggan-pelanggan JKR sebagai sumber rujukan dan maklumat mereka.

Sekian Terima Kasih

 

Rosli Bin Osman , SMP

Jurutera Daerah
Jabatan Kerjaraya Daerah Temerloh 
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 05 Januari 2017 09:50
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets