Piagam Pelanggan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Isnin, 06 Jun 2011 08:46

Kami Komited Untuk Menyediakan Dan Menyelenggara Aset Kerajaan Bagi Memenuhi Keperluan Pembangunan Negara Dengan Memberikan Perkhidmatan Professional Yang Berkualiti Berteraskan Kepada :-
  • Jangka Masa Yang Ditetapkan
  • Kos Yang Ekonomik
  • Rekabentuk Yang Berkualiti Dan Mapan

Jabatan Ini Akan Sentiasa Memastikan Aset Kerajaan Yang Dipertanggungjawabkan Kepada Kami Berfungsi Seperti Yang Ditetapkan


PENGURUSAN PROJEK

Tertakluk Kepada Syarat-Syarat Tiada Masalah Tapak Bina, Peruntukan Yang Mencukupi Dan Brif Projek Yang Lengkap, Tempoh Pembinaan Yang Akan Diambil Adalah Seperti Berikut:-

Kos Projek
RM500 Ribu Ke Bawah
RM500 Ribu- RM5Juta
RM5Juta Ke Atas
a. Pelan Piawai:
Bangunan Pangkalan Udara Dan Maritim
15 Bulan
24 Bulan
36 Bulan
b. Pelan Piawai 
Jalan Dan Infrastruktur 
9 Bulan
24 Bulan 
36 Bulan
c. Projek Kompleks 

Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara Dan Maritim          

Kami Komited Untuk Menyiapkan Projek Pembangunan Kerajaan Dalam Tempoh Dan Dengan Kos Yang Dipersetujui Bersama Pelanggan


SELENGGARA ASET

Jalan

  • Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 1 hari setelah aduan diterima
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.

Bangunan

  • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari.
  • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan.

Mekanikal

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:-

  • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 1 hari
  • Kerja pembaikan besar (major averhaul) kenderaan dan loji berat - 3 bulan
  • Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat - 3 minngu
  • Penggantian chiller - 1 tahun
  • Penggantian lif - 1 tahun

Elektrik

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja elektrik berikut adalah:-

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan - 1hari - 1 hari
  • Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik  - 7 hari

KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

Kejuruteraan Cerun

Tindakan yang diambil apabila berlakunya:-

1. Runtuhan cerun berimpak besar

  • Laporan awal disediakan dalam masa satu (1) hari dari tarikh lawatan.
  • Laporan akhir disediakan dalam masa tiga ( 3 ) hari berkerja selepas penyiasatan dan maklumat berkaitan diperolehi.

2. Runtuhan cerun berimpak  kecil - Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh seperti dibawah:-

  • Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tanah - 2 minggu

3. Ulasan teknikan ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan dibuat.

Kejuruteraan Senggara

  • Proses kelulusan pelupusan aset kerajaan tidak melebihi 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima
  • Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima dengan lengkap daripada Pihak Berkuasa Tempatan akan dikemukan dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu selepas menerimanya. 

PENGURUSAN ADUAN

Pengurusan Aduan Di Bawah Tanggungjawab JKR akan dilaksanakan dalam tempoh seperti berikut:-

  • Akuan penerimaan aduan - 1 hari  hingga 3 hari
  • Maklumbalas terhadap aduan - 7 hari
  • Penutupan aduan - 45 hari

Pengurusan Aduan Bukan Di Bawah Tanggungjawab JKR : No Wrong Door Policy akan dilaksanakan dalam tempoh seperti di bawah:-

  • Akuan penerimaan aduan - 1 hari hingga 3 hari 
  • Maklumbalas terhadap aduan - 7 hari

PENGURUSAN KEWANGAN 

  • Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 05 Januari 2017 11:07
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets