PROMOSI 5S PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Khamis, 04 Ogos 2011 10:38

KONSEP 5S

Apa Itu 5S?

Seiri,Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas,manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal,
menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan.Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan.Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru,kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

 5S Tingkat Produktiviti Organisasi

"Mulai tahun ini, Unit Pembangunan Sumber Manusia (Jabatan Ketua Menteri) akan memperkenalkan 5S – Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke. 5S melibatkan program penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah kaedah paling efektif untuk memotivasikan seseorang, serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja. Ia sungguh mudah dan murah untuk dilaksanakan.Keberkesanannya juga berpanjangan. YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain,Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan Ucapan Perdana 2004

5S Penyelesaian Bijak

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian,telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.Mengapa Perlu 5S?Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).

Objektif Utama Program 5S

Membina budaya Kaizen di tempat kerja Membina kerjasama melalui penyertaan semua Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih majuAda dua pendekatan untuk mengamalkan 5S: Pendekatan Kaizen Pendekatan InovasiOleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses,pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :  Mengamalkan budaya kerja 5S Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S Meluangkan masa untuk 5S Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

Pelaksanaan

Pertama
-Mengamalkan Seiri (Sisih)Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.Semua tempat dokumen atau barang diberi label.Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulanMempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasanMenggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkanBuat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragamanPeraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusanMelantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentuMemberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S, Pertandingan antara organisasi 5S, Anugerah amalan 5S, Organisasi model

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari laman web MPC [disini]  

KEARAH AMALAN DAN PERSIJILAN 5 S

JKR Daerah Temerloh telah mendapat persijilan 5S daripada MPC pada 5 Ogos 2011. JKR Temerloh adalah daerah ketiga dalam JKR Pahang yang dianugerahkan persijilan ini. 

Logo 5S JKR Temerloh telah dicipta oleh En Mohammad Fairuz bin Husaini Pelukis Pelan JKR Daerah Temerloh.

Gambar: Jurutera Daerahmenyampaikan hadiah kepada En Mohammad Fairuz b Husaini, Pelukis Pelan JKR Temerloh

Polisi 5 S : Menjana budaya kerja proaktif dalam persekitaran kondusif bagimemberi perkhidmatan yang efektif dan mencapai kualiti kerja yang cemerlang

Slogan 5 S : Proaktif, Praktis, Professional

Moto 5 S : Realisasi ke Arah Kecemerlangan

Objektif 5 S : Objektif yang ingin dicapai dalam melaksanakan program 5 S adalah:

Penjimatan masa carian fail dan peralatan

    • Aliran kerja yang cekap
    • Suasana tempat kerja yang kondusif dan teratur
    • Memaksimumkan penggunaan kawasan
    • Menjana idea kreatif dan menyemai semangat kerjasama antara kakitangan
    • Mempamirkan gambaran yang baik kepada pelanggan

        

        Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 29 Februari 2012 22:01
         

        Hiperangkai

        1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

        Penafian dan Dasar

        Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
         

        Kemudahan

        Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets