Bagaimana Menghasilkan Video Klip Amator PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh illias Husain   
Sabtu, 03 September 2011 09:23

Pendahuluan

Video klip adalah lagu yang mana audio dan videonya dirakam dan di disunting dan proses secara berasingan dan kemudiannya di kompile untuk menghasilkan satu video klip. Selalunya audionya di ambil dari rakaman asal cakera padat artis berkenaan tetapi ada juga yang di gubah dan dirakam semula khas untuk versi video berkenaan. Videonya pula dihasilkan berdasarkan skrip yang selalunya ada kaitan dengan penceritaan lirik lagu berkenaan. Satu video klip professional dihasilkan oleh para professional yang menggunakan peralatan yang canggih dan menelan belanja ribuan ringgit bergantung kepada skrip, pelakon, pelakon tembahan dan kualiti audio video klip berkenaan.

Apa yang ingin di perkatakan disini ialah bagaimana untuk menghasilkan video klip amator yang mana boleh digunakan untuk persembahan sesuatu organisasi secara dalaman. Sebagai contoh JKR Daerah Temerloh telah menghasilkan beberapa video klip amator untuk kegunaan dan hiburan warga JKR dan pelanggannya.

Photo, Audio dan Video.

Audio Visual adalah satu bidang yang amat luas. Jika anda baru bermula untuk mengkaji bidang ini disinilah tempatnya kerana pihak kami akan menjelaskan dari awal dari segi teori dan praktikal tentang perkara perkara yang harus difahami sebelum anda menceburkan diri dalam bidang ini. Photo digital dirakam oleh kamera digital dalam bentul pixel. Pemerosesan dijalankan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop atau yang seumpamanya selalunya untuk menghasilkan efek, latar dan icon didalam sesuatu video klip. Audio adalah bunyian yang dirakam, disunting, di tambah, diubahsuai di proses untuk dijadikan satu persembahan audio atau di jadikan soundtrack untuk sesuatu video yang dirakam secara berasingan. Video pula adalah gambar yang dirakam dalam bentuk frame per saat yang menghasilkan video bersama dengan audio latar yang kemudiannya disunting, diproses mengikut skrip yang disediakan. Akhirnya video ini bersama suara latar, audio yang dirakam berasingan, efek di kompile untuk menghasilkan satu video klip.

Format Audio dan Video

Selalunya rakaman audio untuk kualiti CD menggunakan format file wav (PCM 44.1 kHz 16 bit stereo) dan kemudiannya jika perlu untuk pemampatan untuk mengecilkan sais fail, format ini ditukar ke wma atau mp3. Rakaman video pula di buat dalam bentuk MPEG Video Files dan MPEG Transport Stream. Nisbah skrin pula selalunya 4:3 untuk rakaman Standard Definition (kualiti TV Biasa) dan 16:9 untuk High Definition (1080i untuk video amator dan 1080p untuk video professional).

Peralatan

Peralatan minima yang digunakan ialah seperti berikut:

  1. Kamera Video HD 1080i dan Tripod
  2. CD Player
  3. Lampu dan lampu hiasan  
  4. Perisian rakaman dan pemerosesan Audio
  5. Perisian Pemerosesan Video
  6. Laptop
  7. PC untuk pemerosesan Video

Rakaman Audio

Rakaman audio memerlukan sumber audio asal selalunya didapati dari audio "karaoke" atau audio yang di rakam semula sendiri di studio rakaman (boleh disewa:terdapat di bandar besar). Kita perlulah berhati hati dalam hal ini kerana kebanyakan lagu di daftarkan hakcipta samaada dari segi lagu tersebut ataupiun penyusunan muzik. Jika lagu tersebut di daftarkan kita hendaklah meminta kebenaran ataupun gunalah video klip ini untuk kegunaan dalaman sahaja. Rakaman yang paling mudah ialah dengan memasukkan suara penyanyi ke audio "karaoke" sediaada. Audio "karaoke" di tutup suara asal, penyanyi menyanyi ikut senikata asal dan dirakam ke laptop yang mempunyai input "aux". Dalam hal ini perisian rakaman dan pemerosesan audio Audio Edit Toolbox Pro dan Audacity 1.3 Beta digunakan. Perisian audio yang terbaik boleh didapati dari senarai berikut: PERISIAN AUDIO

Teknik Penggambaran Video

Penggambaran video sebaiknya di jalankan diwaktu siang dikawasan yang mempunyai pencahayaan yang mencukupi. Sepertimana mengambil gambar digital  biasa, elakkan daripada mengambil video menghadap matahari. Pemilihan kawasan adalah berdasarkan kepada skrip yang disediakan. Jika menggunakan satu kamera, beberapa "scene" adalah perlu diulang untuk lagu yang sama dari sudut yang berlainan untuk di pilih yang terbaik semasa suntingan video nanti. Senikata lagu hendaklah di hafal dan jika tidak, senikata yang tertulis diatas papan besar seperti "white board" hendaklah disediakan untuk memudahkan artis. Untuk mengelakkan dari video yang goyang, sebaiknya tripod digunakan dalam kebanyakan "scene": kecuali untuk sudut tertentu sahaja.

Pengambaran dimulakan dengan memasang CD soundtrack yang telah dirakam terlebih dahulu untuk diikut dan dilakonkan oleh artis didepan kamera. Tugas artis adalah  untuk "miming"  mengikut lagu yang dimainkan  dengan penghayatan yang sesuai mengikut lirik lagu berkenaan. Dalam kes video klip JKR Temerlolh ini, untuk lagu raya, suasana sambutan Hari Raya hendaklah di adakan dan di lakunkan oleh artis. Sebagai contoh, pakaian hendaklah sesuai, suasana keceriaan Hari Raya , aktiviti membuat kueh mueh, lemang, menziarahi kubur, membayar fitrah dan sebagainya hendaklah di lakukan sebagai selingan. 

[Muka 1] [Muka 2] [Muka 3]


Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 05 September 2011 14:47
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets