JABATAN/AGENSI KERAJAAN PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Ahad, 19 Februari 2012 18:19
Selamat datang ke laman web rasmi JKR Daerah Temerloh. Apakah peranan kami ? Anda boleh mendapatkan jawapannya melalui link berikut:  Peranan JKR Daerah Temerloh.
Sebagai jabatan kerajaan yang terulung dalam bidang teknikal, kami sedia memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada anda. Kami sedia membantu anda berdasarkan kepada Soalan Lazim berikut:
 
a)
Adakah terdapat projek pembangunan dari Jabatan/Agensi tuan sedang dilaksanakan oleh pihak kami?
b) Adakah terdapat kerja kerja senggaraan untuk Jabatan/Agensi tuan yang sedang dilaksanakan oleh pihak kami?
c)  Adakah pihak tuan memerlukan perkhidmatan kami untuk menyelenggara bangunan pejabat yang pihak tuan diami sekarang?
d)  Adakah pihak tuan memerlukan perkhidmatan kami untuk mengesahkan sesuatu struktur yang pihak tuan miliki, kuarters kerajaan yang didiami oleh kakitangan tuan masih selamat  digunakan?
e)  Adakah pihak tuan memerlukan perkhidmatan kami untuk membuat penilaian dan anggaran kos untuk membaiki sesuatu struktur yang didiami sekarang?
f)  Adakah bangunan pejabat anda mengalami masaalah kebocoran bunbung, tandas atau  bekalan letrik dan bekalan air?
g) Adakah pihak tuan bercadang untuk memohon projek baru dalam  Rancangan Malaysia yang akan datang dan memerlukan khidmat kami untuk membuat anggaran kos?
h) Adakah pihak tuan ingin memohon pembinaan jalan kampung  atau jalan perhubungan desa di tempat tuan?
i)   Adakah pihak tuan ingin membuat aduan atau memberikan cadangan tentang kemudahan jalanraya, lampu jalan, lampu isyarat, papan tanda dan lain lain di tempat tuan?
  
Jika ada diantara persoalan diatas berkaitan dengan  pihak tuan , kami  amat berbesar hati jika pihak tuan atau wakil dapat menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti berikut:
 
a) Link ke no tel dan e mail pegawai kami
 b)  E Aduan
 c) Datang sendiri ke alamat seperti berikut :
    
JKR Daerah Temerloh,
Km 4 , Jalan Temerloh Maran,
28000 Temerloh.
 
"PELANGGAN DIUTAMAKAN JANJI DIKOTAKAN"
 
Terima Kasih kerana masih memberikan kepercayaan kepada kami.
 
 
JABATAN KERJA RAYA DAERAH TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR.
 
 
 
 
 
 
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 20 Februari 2012 00:07
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets