Sistem Pengurusan Bersepadu JKR PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Selasa, 21 Februari 2012 00:13

Sistem Pengurusan Bersepadu telah dilancarkan melalui Surat Arahan KPKR bil 1/2011 bertarikh 1 April 2011.bertajuk Pemakaian Sistem Pengurusan Bersepadu dalam Sistem Kerja JKR. SPB adalah meliputi Sistem Pengurusan Kuaiti (SPK) MS 9001 , Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS 14001 dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001. Dari segi kronologinya JKR Malaysia telah melaksanakan Sistem Kerja seperti berikut:

a)  SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) QMS : MS ISO 9001

  • Tahun 2000 : Pensijilan Pertama MS ISO 9001 : 1994 di JKR
  • Tahun 2006 : Pensijilan Ibu Pejabat dan JKR Negeri Berdasarkan MS ISO 9001 : 2000
  • Tahun 2009 : Penggunaan Versi MS ISO 9001 : 2008

b)  SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (SPAS) EMS : MS ISO 14001

  • Tahun 2002 : Pensijilan Pertama MS ISO 14001 di JKR
  • Tahun 2005 : Penggunaan Versi MS ISO 14001 : 2004

c)  SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP)

  • Tahun 2008 : Pembangunan Dokumen SPKKP berdasarkan Standard OHSAS 18001 : 2007

d)  SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (SPB)

  • Tahun 2011 : Penguatkuasa Pemakaian Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB)
  •  

SKOP PELAKSANAAN

Skop pelaksanaan SPB adalah berdasarkan kepada 3 elemen utamanya seperti berikut

  • Skop Pematuhan SPK MS 9001 adalah meliputi aktiviti bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek
  • Skop Pematuhan SPAS MS 14001 adalah meliputi pengurusan projek didalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
  • Skop Pematuhan SPKKP OHSAS 18001 JKR adalah pengurusan projek yang jumlah kos projek asal melebihi RM 20 juta
  • Pelaksanaan SPB ini meliputi semua pejabat JKR di peringkat Ibu Pejabt JKR Malaysia, JKR Negeri (Kecuali Sabah dan Sarawak), JKR Wilayah Persekutuan dan Unit Khas.
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 21 Februari 2012 08:07
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets