Jambatan Bailey :Kepakaran JKR Daerah Temerloh PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Selasa, 27 Mac 2012 23:28

Pembinaan Jambatan Bailey amat diperlukan semasa kecemasan seperti banjir, tanah runtuh yang mengakibatkan kegagalan pembetung dan jambatan. JKR Daerah Temerloh adalah diantara daerah yang terawal dalam JKR Malaysia yang menubuhkan pasukan jambatan bailey. Sejak tahun 60'an sehingga sekarang , banyak jambatan bailey telah dibina di seluruh Malaysia untuk menghubungkan semula jalan dan jambatan yang terputus.

Sir Donald Coleman Bailey adalah pencipta pertama Jambatan Bailey.Beliau dilahirkan di Rotherham, Yorshire pada 15 September 1901. Beliau pernah menuntut seketika di Universiti Sheffield dalam bidang Kejuruteraan Awam. Selepas mendapat kelayakan profesionalnya dari universti tersebut, Sir Donald Coleman Bailey telah mula bekerja di syarikat kereta api pada tahun 1929. Beliau telah menyertai Kementerian Pembekalan dan berkhidmat di Pusat Ujian Jambatan, Beliau juga pernah bertugas sebagai seoarang jurutera di jabatan perang British semasa Perang Dunia Ke-2. Apabila perang meletus, beliau telah mendapat idea untuk mencipta sejenis jambatan bagi kegunaan tentera. Bermula pada saat itu, beliau telah mengemukakan satu cadangan dan membina sejenis jambatan yang ringan, mengunakan konsep pasang siap dimana komponennya mempunyai bahagian yang seragam dan mampu menerima beban yang berat. Rekabentuknya yang mudah dan seragam,memudahkan lagi kerja permasangan dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan kejuruteraan yang meluas. Beliau telah menerima anugerah OBE dalam tahun 1944 dan telah menerima gelaran SIR pada tahun 1946. Beliau meninggal dunia pada 5 Mei 1985 di Bournemouth, Dorset. 

Masyarakat pada hari ini masih ramai yang belum mengetahui apakah itu Jambatan Bailey. Kebanyakan pengguna jalan raya sekarang hanya mengenalinya dengan nama lain seperti Jambatan Besi. Jambatan Bailey merupakan satu jambatan yang didatangkan atau direka khas bagi kerja-kerja pemasangan yang dipasang secara pasang siap dengan mudah, menjimatkan masa dan menjimatkan kos. Bailey Bridge yang pertama telah direkacipta oleh Sir Donald Coleman Bailey dan ianya dari jenis Standard Bailey. Ianya telah diuji buat pertama kali di Jalan Barrack Chrischurch, Dorset pada tahun 1941. Jambatan Bailey jenis Standard Bailey yang pertama dipasang di dunia adalah di Afrika Utara pada tahun 1942. Pada Tahun yang sama, Amerika Syarikat telah meminta kebenaran bagi mengeluarkan jambatan yang sama dan telah diberikan kelulusan untuk produk yang sama.

Standard Bailey merupakan jambatan pasang siap yang pertama dikeluarkan oleh syarikat Mabey & Johnson, Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan jambatan jenis ini bagi kegunaan pada masa-masa kecemasan. Kebenaran khas telah diberikan kepada pihak tentera dan juga pihak Jabatan Kerja Raya bagi menjalankan kerja pemasangan. Bagi pihak Jabatan Kerja Raya, kepercayaan yang diberikan kerajaan Malaysia merupakan satu kelebihan kepadanya kerana bertepatan dengan piagam Jabatan Kerja Raya iaitu Jasa Kepada Rakyat. Jabatan Kerja Raya juga merasakan dengan pembelian jambatan ini,akan lebih memanfaatkan kepada pengguna jalan raya pada masa dan saat yang diperlukan. JKR Malaysia telah memberi kepercayaan kepada beberapa JKR Daerah bagi kerja permasangan dilakukan seperti JKR Daerah Temerloh, JKR Daerah Kinta, JKR Daerah Johor Baru, JKR Daerah Petaling Jaya dan beberapa JKR Daerah lagi. Namun terdapat hanya 3 daerah sahaja yang sentiasa aktif bagi kerja-kerja pemasangan iaitu JKR Daerah Temerloh, JKR Daerah Kinta dan JKR Daerah Johor Baru. Kekerapan berlakunya bencana alam atau jalan raya terputus, maka semakin aktiflah satu-satu daerah itu melakukan kerja-kerja permasangan. Bagi Pasukan Jambatan  Bailey JKR Daerah Temerloh, setiap kerja yang diamanahkan, telah digalas dengan sempurna kerana setiap kerja-kerja yang dilakukan tidak kira sama ada memasang atau membuka jambatan dilakukan dalam tempoh yang sepatutnya . Dianggarkan di dalam setahun, pasukan ini telah berjaya melakukan kerja pemasangan, membuka dan penyelenggaraan lebih kurang 14 kali . Di dalam Daerah Temerloh, Pasukan Jambatan Bailey JKR Daerah Temerloh sudah cukup terkenal dan sinonim dengan kerja-kerja permasangan dan kerja-kerja membuka jambatan Bailey. Ini kerana jambatan yang terawal yang dipasang dan digunakan di Malaysia pada tahun 1950an adalah jambatan jenis Standard Bailey yang terpanjang dipasang bagi merentasi sungai Pahang dan erjaya menghubungkan Bandar Temerloh dengan Seberang Temerloh.

bersambung......

 

 

 

 

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 28 Mac 2012 00:07
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets