Pengurusan Projek PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Selasa, 15 Mac 2011 16:36

Di dalam bidang pengurusan projek, kami terlibat dalam merancang, merekabentuk, melaksana dan memantau projek. Semasa melaksanakan sesuatu projek, kami perlu mengimbangkan masa, sumber dan kualiti supaya dapat menyiapkan projek tersebut dengan memenuhi objektif dan keperluan pelanggan.

Terdapat dua cara untuk melaksanakan projek-projek kami:

   1.
Cara Konvensional
   2. Cara Reka dan Bina (Design and Build)
 

Konvensional

Dengan menggunakan cara konvensional, semua perancangan dan rekabentuk dibuat secara dalaman (in-house). Fasa pembinaan dilakukan oleh kontraktor kami yang dilantik melalui proses tender. Untuk pengawasan dan pemantauan, kami mempunyai pilihan sama ada lakukannya sendiri atau melantik jurutera perunding untuk melakukannya. 

Reka dan Bina ( Design and Build )

Bagi projek yang dilakukan secara reka dan bina, kami akan menentukan "Needs Statement". Proses yang seterusnya akan bermula dari merancang, merekabentuk dan membina serta memantau akan dilakukan oleh kontraktor melalui perunding yang dilantik. Pada peringkat pembinaan, kami memainkan peranan sebagai juruaudit kualiti dan juga akan memantau projek pada keadaan yang tertentu.

Semua peringkat pengurusan projek yang dilakukan sama ada melalui cara konvensional atau cara reka dan bina, adalah dibatasi oleh
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Sistem ini merupakan usaha kami untuk mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dan konsisten melalui kawalan proses.

Peranan JKR Daerah

JKR Daerah memainkan peranan sebagai barisan hadapan didalam pelaksanaan sesuatu projek. JKR Daerah bertindak sebagai Pegawai Penguasa untuk projek bernilai 20 juta kebawah tidak kira samaada projek itu di laksanakan secara konvensional atau Raka dan Bina. Untuk projek bernilai RM 20 juta keatas, Pengawai Penguasa selalunya ialah Pengarah JKR Negeri dan Jurutera Daerah bertindak sebagai Wakil Pegawai Penguasa. Hanya projek berskala besar di awasi oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur atau di peringkat JKR Negeri.

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 18 Februari 2012 21:51
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets