Perundingan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Selasa, 15 Mac 2011 16:43

 Sebagai perunding kerajaan, kami terlibat di dalam:

  • Perancangan dan Rekabentuk Projek
  • Memberikan Input Profesional

Pelbagai bentuk projek yang dijalankan oleh JKR. Projek yang biasa dijalankan adalah projek jalan, bangunan kerajaan (seperti sekolah, pejabat, kuarter, masjid, hospital dan lain-lain), jeti, pelabuhan dan lapangan terbang. Pelanggan kami ialah Kementerian Kerja Raya, pelbagai Kementerian lain dan kebanyakan  agensi-agensi kerajaan.

Perancangan dan Rekabentuk

Dalam perancangan dan rekabentuk projek, kami bermula dengan mengumpulkan maklumat yang dapat membantu kami dalam menganalisis kebolehlaksanaan projek. Selepas itu, kami meneruskan proses rekabentuk untuk menghasilkan pelan. Kami menggunakan perisian rekabentuk dan CADD (state-of-the-art computer-aided design and drafting) untuk membantu kami dalam rekabentuk senibina, struktur, jalan dan melukis pelan. Peringkat ini dilaksanakan di peringkat ibu pejabat samaada di peringkat persekutuan atau negeri. Pasukan pelaksana ini di panggil HOPT atau "Head Of Project Team" dan dianggotai oleh pelbagai disiplin dipanggil HODT atau "Head Of Design Team"

Diperingkat daerah, JKR Daerah selalunya menyediakan pelan lay out untuk projek bangunan dan pendidikan yang menggunakan bangunan piawai yang tidak melibatkan proses rekabentuk. Jika input rekabentuk di perlukan, JKR Daerah boleh merekabentuk sesuatu struktur secara manual atau merujuk kepada Ketua Penolong Pengarah Rekabentuk di peringkat  JKR Negeri.

Input Profesional

Secara umumnya, input profesional merupakan nasihat teknikal dan penyelidikan. Sebagai contoh, kami memberi cadangan kepada kerajaan/pelanggan-pelanggan kami mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kegagalan struktur bangunan dan tanah runtuh.

JKR Daerah adalah merupakan penasihat tenikal utama kepada semua agensi di peringkat daerah terutama sekali Majlis Perbandaran/Daerah, Pejabat Daerah dan jabatan lain di peringkat daerah. Kami seringkali memberikan input seperti memeriksa sesuatu struktur samaada selamat atau tidak dan seterusnya memberikan cadangan pembaikan beserta anggaran kos.

JKR Daerah juga bertanggungjawab untuk membuat kertas kerja dan anggaran kos untuk memohon sesuatu projek samaada melalui Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Projek yang di pohon ialah seperti berikut:

  1. Jalan dan Bangunan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya untuk setiap Rancangan Malaysia
  2. Jalan dan Bangunan Negeri melalui Kerajaan Negeri untuk setiap Rancangan Malaysia
  3. Jalan Luar Bandar melalui JKR Negeri kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  4. Jalan dan Bangunan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Negeri untuk di pohon kepada pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri.
  5. Jalan Kampung dan Jalan Perhubungan Desa :Menyemak samaada kriteria dipenuhi, anggaran kos dan cadangan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar

 

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 18 Mac 2012 07:35
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets