Penyelenggaraan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Selasa, 15 Mac 2011 16:48

Pengurusan Penyelenggaraan

Di bawah perkhidmatan ini kami akan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya. bangunan, sistem mekanikal, sistem elektrikal, kenderaan-kenderaan dan loji-loji. Perkhidmatan yang paling banyak dilakukan ialah penyelenggaraan jalan. 

Penyelenggaraan Jalan

Penyenggaraan jalan persekutuan di Semenanjung dikendalikan oleh Bahagian Senggara dan Fasiliti Jalan, JKR Malaysia . Senggaraan jalan persekutuan di Sabah dan Sarawak di uruskan sendiri oleh Kementerian Kerja Raya . Senggaraan bangunan di kendalikan oleh Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan. Perlaksanaan program penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti yang berikut:

Sistem Pengurusan Turapan Permukaan Jalan (untuk Polisi, Sistem dan Teknologi Turapan)

Pengurusan Cerun

Pengurusan Aset Mekanikal

Senggaraan Bangunan Persekutuan.

Kami memelihara rangkaian jalan persekutuan yang jumlah panjangnya 15,746.10 km - berdasarkan statistik tahun 2003. Di daerah Temerloh panjang jalan persekutuan ialah lebih kurang 220 km. Jalan Persekutuan di daftarkan dengan bermula FT misalnya Jalan dari Pelabuhan Kelang ke Kuantan di daftarkan dengan FT 02

Mengurus Kontrak Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan

Tanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi penswastaan kontrak penyelenggaraan jalan persekutuan Semenanjung Malaysia di peingkat zon-zon telah diserahkan kepada tiga unit.

UPPJ Wilayah Utara. Zon ini meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak. Ia melibatkan jalan yang berjumlah panjang 2603 km. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Belati Wangsa

UPPJ Wilayah Tengah / Timur. Zon ini meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor. Ia melibatkan jalan yang berjumlah 5636km. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Roadcare

UPPJ Wilayah Selatan . Zon ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Ia melibatkan 3381km jalan. Kontraktor untuk zon ini ialah Selia Senggara (M) S.B.

Mengurus Cerun Jalan Persekutuan

Perancangan untuk memelihara dan memulihara cerun di sepanjang Jalan Persekutuan dilakukan dengan menggunakan perisian komputer yang dikenali sebagai "Slope Priority Ranking System" (SPRS). Pemeriksaan berkala ke atas cerun yang berisiko tinggi dilakukan oleh Jurutera Daerah dan data-data yang diperolehi melalui pemeriksaan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem. Ini membolehkan perancangan untuk langkah-langkah berjaga bagi meningkatkan kestabilan cerun terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lebih berkesan. 

Mengurus Aset Mekanikal 

Kami berperanan sebagai penasihat kepada penyelenggaraan peralatan mekanikal di sepanjang rangkaian jalan persekutuan, seperti stesyen penimbang berat kenderaan. Pengurusan ini dilaksanakan oleh Cawangan Kerja Mekanikal di peringkat Ibu Pejabt samaada di peringkat persekutuan atau negeri. Di peringkat daerah , kebanyakan Bahagian Mekanikal di letakkan di bawah Jurutera Daerah. JKR Daerah Temerloh tidak mempunyai Bahagian Mekanikal kerana ianya di uruskan terus oleh KPP Mekanikal JKR Negeri.

Mengurus Aset Negeri

Aset negeri seperti jalan, bangunan, kuarters dan aset mekanikal dan letrik di uruskan oleh JKR Negeri dengan peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Negeri ke JKR Daerah melalui Pengarah JKR Negeri. Aset utama yang diselenggara ialah Jalan Negeri , Jalan Kampung, Bangunan Pejabat dan Kuarters.

 

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 18 Februari 2012 22:04
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets