Hari Kebangsaan 2017 |
![]() |
![]() |
![]() |
Ditulis oleh Wan |
Selasa, 29 Ogos 2017 08:30 |
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2017 adalah bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai. Antara lain pemilihan teman ini adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betapa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang. |
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 29 Ogos 2017 11:18 |