Hari Deepavali 2017 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Jumaat, 06 Oktober 2017 10:10

Deepavali adalah masa cuti yang paling di nantikan oleh setiap penganut Hindu di dunia, dan ia merupakan cuti am di Malaysia. Bagi tahun 2017, perayaan Deepavali bakal disambut pada 18 Oktober 2017. Tarikh Deepavali ditentukan mengikut kalendar lunar Hindu, memandangkan tarikhnya di kalendar Masihi berbeza dari tahun ke tahun.

Kebanyakan orang menganggap Deepavali sebagai masa untuk menghormati Lakshmi, dewi Hindu yang mewakili kemakmuran dan cahaya lampu tanah liat di pasang di rumah mereka supaya dia boleh menemui dan memberkati mereka. Secara tidak lansung, lampu tanah liat yang kelihatan di setiap rumah dan pusat perniagaan semasa Deepavali adalah sebab ia turut dikenali sebagai “Pesta Cahaya.” Secara abstrak, perayaan itu adalah paparan simbolik kemenangan cahaya (yang baik) atas kegelapan (jahat).


Penganut Hindu secara tradisi bangun awal pagi pada hari Deepavali, bagi persiapan menyambut hari tersebut. Pertama sekali, mereka secara ritual mengambil mandi minyak herba yang tersedia, yang bertujuan untuk menyucikan dosa-dosa silam seseorang. Upacara doa keluarga kemudiannya akan diadakan di rumah, dan sesetengah dari mereka akan pergi ke kuil tempatan bagi upacara sampingan dan melakukan ibadat.


Kebanyakan rumah akan dihiasi dengan lampu lampu kertas bewarna atau “Kolam”. Kolam merujuk kepada reka bentuk rumit bersifat sementara di lantai dan diperbuat dari beras yang dicelup dengan serbuk berwarna-warni. Kolam menuntut latihan yang lama untuk sempurna, dan anda akan mengagumi apa yang anda lihat di pusat membeli-belah serta tempat-tempat awam yang lain.

Amalan lain semasa Deepavali di Malaysia termasuk menghadiri pertunjukan bunga api dan mercun kecil, memberi kanak-kanak hadiah wang yang terdapat di dalam pakej ungu atau kuning, serta limpahan makanan manis dan berperisa yang dikongsi sesama jiran.


 


Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 09 Oktober 2017 10:23
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets