Kerja Senggara PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh administrator   
Selasa, 22 Mac 2011 16:57

Di JKR Daerah Temerloh, kerja senggaraan diuruskan oleh Bahagian Senggara. Bahagian Senggara ini menguruskan:

  1. Senggaraan Jalan Persekutuan
  2. Senggaraan Jalan Negeri
  3. Senggaraan Bangunan Persekutuan
  4. Senggaraan bangunan Negeri
  5. Senggaraan Letrik

1. Untuk  Senggaraan Jalan Persekutuan, sebahagian besar kerja telah ditawarkan dalam bentuk  kontrak jangka panjang oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat konsesi. Skop kerja adalah seperti berikut:

  • Senggaraan rutin (Potehole, bahu jalan, cuci longkang, jambatan, pembetong, potong rumput dll)
  • Senggaraan berkala pavement dan bukan pavement
  • Senggara kecemasan

Bayaran untuk kerja senggaraan rutin di laksanakan di peringkat ibu pejabat di kuantan. Bayaran untuk senggara lain di bayar terus secara online di JKR Daerah.

Untuk kerja berkala pavement dan bukan pavement yang mana skop kerja nya termasuk dalam kontrak antara kerajaan dan syarikat konsesi, syarikat konsesi adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan "Notice Of Defect" kepada pihak JKR, jika ada sebarang kerosakan pada jalan. Pihak JKR akan memohon peruntukan berdasarkan kepada notis berkenaan kepada pihak yang mengawal peruntukan iaitu Kementerian Kerja Raya. Bila kerja tersebut diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya, Bahagian Senggara dan Fasiliti Jalan di negeri akan mengeluarkan Surat Laksana Kerja kepada Syarikat Konsesi. Kerja diawasi oleh JKR Daerah. 2. Senggaraan jalan negeri dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Daerah. Setiap tahun secara purata peruntukan yang diterima ialah RM 10 juta. Untuk rahun 2012 kerja kerja sebutharga untuk pemotongan rumput dan cuci longkang/jambatan/pembetong  telah ditawarkan.

Untuk skop kerja yang tidak termasuk didalam perjanjian adalah menjadi tanggungjawab JKR Daerah untuk memohon peruntukan kepada Unit Senggara Persekutuan Negeri di setiap negeri. Kelulusan peruntukan adalah oleh Kementerian Kerja Raya melalui Bahagian Senggara dan Fasiliti Jalan JKR Malaysia.

Walaubagaimana pun sejak kebelakangan ini pengagihan kerja senggara jalan persekutuan dijalankan secara UNDI dengan kadar harga konsesi kepada kontraktor tempatan..

3.Senggaraan jalan negeri dijalankan sepenuyhnya oleh JKR Daerah .Peruntukan adalah hasil daripada GERAN Kerajaan Persekutuan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Ini adalah berdasarkan kepada rekod pendaftaran jalan melalui SIstem MARRIS yang di uruskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Setiap tahun kira kira RM 10 juta di peruntukan kepada setiap daerah di Pahang untuk senggaraan jalan ini. 

4.Senggaraan bangunan persekutuan di bawah JKR Daerah hanyalah melibatkan kuarters persekutuan. Untuk bangunan gunasama persekutuan kerja senggaraan di awasi terus oleh Kementerian Kerja Raya.

5. Senggara bangunan negeri dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Daerah. Skop kerja  ialah senggaraan bangunan pejabat negeri, masjid dan  kuarters.

6. Senggaraan letrik dilaksanakan oleh JKR Daerah. Kerja kerja kecil dan kecemasan di uruskan oleh pasukan di peringkat daerah. Kerja yang melibatkan sebutharga dipanggil di peringkat JKR Letrik negeri .

7. Senghgaraan mekanikal seperti pembaikan kenderaan dan penilaian kenderaan kerajaan di jalankan oleh JKR Mekanikal dibawah pengawasan Ketua Penolong Pengarah Mekanikal Negeri. JKR Daerah Temerloh tidak mempunyai Bahagian Mekanikal sendiri

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 30 Oktober 2012 06:38
 

Hiperangkai

1Malaysia MAMPU Multimedia Super Corridor CIDB MyID Multimedia Development Corperation Jabatan Perkhidmatan Awam myGovernment Laman Web 999

Penafian dan Dasar

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan
 

Kemudahan

Kemudahan W3C Internet Explorer Mozilla Firefox Google Chrome Cascading Style Sheets